Thursday, July 28, 2011

HIJAB AND NOT HIJAB

Salam. Poster ni cantik dan maklumatnya bagus.
Kalau boleh tampal di pejabat2, sekolah2, universiti2 & masjid2.

Kita sayangkan muslimah2 kita... 

Wednesday, July 27, 2011

LELAKI TERBUSUK

Bagi kita tidak mandi selama beberapa hari pasti sudah menimbulkan gatal-gatal dan tentunya bau badan yang tidak sedap, sehingga kita sendiri merasa tidak selesa.

Namun tidak bagi Kailash Singh, lelaki berumur 65 tahun , seorang petani ini tidak pernah mandi selama 37 tahun. Oleh kerana kebiasaan ‘buruk’nya ini, Kailash dinobatkan sebagai ‘lelaki terbusuk’ di dunia.





Bukan hanya dia tidak pernah mandi, Kailash juga tidak pernah memotong rambutnya sejak tahun 1974. Kini, rambutnya telah sepanjang 6 kaki atau lebih kurang 1.8 meter.

Perkara tersebut dilakukan Kailash kerana mengikut kepercayaannya dari seorang bahawa iaitu seorang ketua agama yang memberi jaminan akan memiliki anak lelaki jika mengikuti ajarannya. Singh kini memiliki tujuh orang anak perempuan.

Setiap hari, Singh yang sebagai petani tersebut menghabiskan masa menggembala lembu dibawah terik panas matahari yang suhunya mencapai 47 celsius. Namun dia tidak pernah membersihkan tubuh. Malah, Sign melakukan aktiviti mandi api setiap malam, berdoa kepada Dewa Siwa dan menari-nari mengelilingi api unggun. Ritual ‘mandi api’ dipercayainya mampu membersihkan dirinya.

Keluarganya mengaku amat tersiksa akibat perangai Singh yang tidak mandi. Namun mereka kini tidak lagi mencuba memujuk dan memaksanya mandi ke sungai.

Isterinya, Kalavati Devi, 60, berkata berusaha sekuat tenaga mencuba suami mandi namun usaha tersebut malah berakhir dengan pergaduhan. Isterinya juga mengancam menolak tidur sekatil jika Singh tidak mandi, namun Singh tetap berkeras tidak mahu mandi dan setia mengikuti keyakinannya.
 

PEMILIK KAPAL TERMAHAL

KUALA LUMPUR: Walaupun ada spekulasi mengatakan individu terkaya di Malaysia, Robert Kuok, 80, adalah pemilik kapal mewah paling mahal di dunia, History Supreme yang berharga 3 bilion paun (RM15 bilion), namun beberapa nama lagi disebut-sebut berpotensi memilikinya.

Berdasarkan laman web sebuah akhbar dalam talian yang berpangkalan Ireland, hanya tiga nama tersenarai dalam senarai Forbes Billionaires yang memiliki kekayaan AS$5 bilion (RM14.88 bilion) ke atas.



Antara nama yang mempunyai kemungkinan itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Communication Bhd, Tan Sri Ananda Krishnan yang memiliki kekayaan RM28.3 bilion dan Pengarah IOI Corporation Bhd, Tan Sri Lee Shin Cheng RM14.88 bilion.


Kuok yang mempunyai kekayaan berjumlah RM37.2 bilion buat masa ini adalah lelaki terkaya di negara ini dan digelar sebagai Raja Gula selain pengasas kumpulan rangkaian Hotel Shangri-la yang beroperasi di seluruh Asia.



Ananda Krishnan adalah usahawan kedua terkaya di Malaysia dan ke-138 di dunia yang juga pemilik Maxis Communication Bhd dan pengendali perkhidmatan televisyen berbayar, ASTRO All Asia Networks Plc.



Beliau terbabit dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuk minyak, studio kartun Hollywood, multimedia, perkapalan, tenaga dan harta tanah.


Lee adalah pemilik syarikat konglomerat yang menguruskan ladang kelapa sawit dan aktiviti pembangunan hartanah di Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Eropah.



Malah, kilang penapisan miliknya di Rotterdam, Belanda adalah kilang penapisan minyak sawit terbesar di Eropah.


Kapal History Supreme direka oleh pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk menyiapkannya.



Keseluruhan badan kapal itu disaluti emas padu dan platinum seberat 100,000 kilogram, termasuk ruang makan, bilik tidur dan sauh.



Kebanyakan laman web dan akhbar dalam talian di Internet tidak menyatakan secara terperinci nama pemilik kapal berkenaan, sebaliknya hanya menggunakan gelaran ‘anonymous leading Malaysian businessman’.



Bagaimanapun, ada mengaitkannya dengan tiga nama individu paling kaya di negara ini berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh majalah Forbes Asia.



Kapal sepanjang kira-kira 30 meter itu dibuat di Itali, namun disiapkan di Malaysia dua minggu lalu.



Lebih menarik, dinding di bilik tidur utama yang dibuat dari batu meteor dan artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex, malah ada akuarium yang dibuat daripada 68 kg emas 24 karat.

HOT DOG TERMAHAL



BROCKTON, Amerika Syarikat - Menu terbaharu, McMullen Dog yang dijual di stadium besbol Roxstadium Brockton, Massachusetts menjadi hot dog termahal di dunia, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Berharga AS$80 (RM235.39), hot dog tersebut yang mengandungi sosej daging lembu yang dimasak dengan minyak truffle, kaviar, serbuk cendawan dan freche krim mula dijual sejak Sabtu lalu.

Roti hot dog tersebut pula dibuat menggunakan gandum yang terbaik yang dibeli dari Cape Cod, sebuah kedai roti eksklusif bersama sos dan mustard istimewa.

Menurut pengurus makanan dan minuman stadium berkenaan, Sander Stotland, walaupun harga tiket hanya AS$15 (RM44.35) dan lebih murah dari hot dog tersebut, ia tetap mendapat sambutan hangat daripada peminat yang datang menyaksikan perlawanan besbol.

Menurutnya, nama McMullen Dog itu diberi sempena nama tukang masak terkenal Atlantic City, Ryan McMullen yang memberi idea mengenai hot dog tersebut. - Agensi.

ADIK DAN AL-QURAN



Mungkin ramai yang terkejut apabila program keagamaan, Adik & al-Quran yang disiarkan di TV9, telah dihentikan siarannya sejak seminggu lalu.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada penyebaran gambar hosnya, Ustaz Haji Mohd Zamri Haji Mohd Zainuldin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zamri, ketika terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.


Penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy, yang dihubungi berkata, arahan menghentikan program itu dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu. Namun beliau tidak pula menafikan atau mengesahkan ia berpunca dari penyebaran gambar hosnya dalam perhimpunan Bersih itu.


“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.


“Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.


Katanya lagi, memandangkan program tersebut telah mencapai satu rating yang baik, namun ia sedikit terjejas berikutan timbulnya perkara sebegini.


“Pada pandangan peribadi saya, seseorang yang bergelar ikon harus lebih berwaspada agar tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini.


“Adalah wajar menjaga personaliti diri dan imej agar ia tidak memberikan sebarang perspektif tidak baik,” katanya kepada Sinar Harian.


Tambahnya, program itu akan disiarkan semula cuma masih tidak mendapat tarikh yang baru.


“Berehat itu ada kalanya tidak mengambil masa. Namun, ia bergantung pada keputusan pihak atasan. Kadang-kadang cuma seminggu, ada juga yang tiga minggu. Semua itu bergantung pada keputusan mereka.


“Sebagai menggantikan program itu, ia digantikan dengan program Mari Bertarranum,” katanya.



Terima apa saja keputusan Ustaz Zamri


Sementara, Ustaz Zamri, berkata, dia sudah pun berbincang dengan pihak TV9 dan mengharapkan agar perkara itu tidak berlarutan.


“Saya telah dipanggil untuk berbincang dengan pihak TV9 beberapa hari selepas gambar itu tersebar. Alhamdulillah, kami berbincang secara mahabbah (aman). Apa sebenarnya yang berlaku pada 9 Julai itu sudah saya terangkan kepada mereka dan tidak perlu saya ceritakan kepada umum.


"Saya faham situasi ini. Mungkin ia nampak lebih berat apabila ia mendapat komen yang agak mendalam menerusi Facebook, saya sendiri tidak pasti mengenai hal ini dan terima apa sahaja keputusan,” katanya yang kini sedang menuntut pengajian dalam bidang tafsir Ulumul Quran di Universiti Antarabangsa Madinah, Malaysia

KAMERA LITAR BILIK MANDI

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 19 pelajar perempuan sebuah kolej swasta dekat sini, bimbang gambar mereka mandi diedarkan kepada umum berikutan penemuan kamera televisyen litar tertutup (CCTV), dalam tiga bilik air di rumah sewa mereka, kelmarin.


Kamera itu dipercayai dipasang pemilik rumah berkenaan ketika membaiki lampu di semua bilik air terbabit kira-kira tiga bulan lalu. Polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun dari Taman Greenwood, Gombak, yang bekerja sebagai kontraktor bagi membantu siasatan.


Seorang daripada pelajar itu yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka semua bimbang gambar mereka sudah dirakam kamera terbabit dan diedarkan pihak tidak bertanggungjawab melalui internet atau telefon bimbit.


“Perbuatan seperti ini (memasang CCTV di dalam bilik air) amat mengaibkan. Saya kesal dan bimbang apa akan terjadi selepas ini jika rakaman video atau gambar kami ketika dalam bilik air itu tersebar.


“Kami amat takut dan malu dengan insiden ini dan berharap pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukannya. Ini soal maruah dan masa depan kami, kata pelajar berusia 20-an itu, ketika ditemui semalam.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K Kumaran, berkata suspek ditahan kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin selepas menerima laporan pelajar itu. Dia direman lapan hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan.


Katanya, lelaki itu ditahan di rumah yang disewakan kepada 19 pelajar kolej itu di Taman Bullion Mewah, Jalan Ipoh, di sini, selepas polis menerima laporan mangsa yang mendakwa terjumpa kamera dipasang dalam bilik air rumah berkenaan.
 


“Polis memasang perangkap dengan meminta mangsa berpura-pura menelefon suspek untuk datang ke rumah bagi membaiki kerosakan di rumahnya.


“Kira-kira jam 12 tengah malam, polis dapat menahan suspek. Kami masih mencari video yang mungkin dirakam melalui kamera CCTV itu, katanya ketika dihubungi semalam.


Sementara itu, seorang lagi pelajar berkata, dia ternampak wayar dan mengesyaki sesuatu ketika memasuki bilik air dan memberitahu rakan-rakannya sebelum memanggil jiran untuk membuka benda hitam yang selama ini disangkakan soket mentol.


“Kami terkejut apabila soket itu dibuka, ada kamera yang masih berfungsi di dalamnya. Saya tak sangka ada kamera dipasang dalam ketiga-tiga bilik air rumah ini. Kami sudah lama perasan benda hitam yang disangkakan soket tetapi tidak mengesyaki apa-apa.


“Sejak tinggal di sini dua tahun lalu, pemiliknya bersikap baik dengan kami dan sering datang ke rumah bersama isteri dan dua anaknya. Beliau malahan sanggup membaiki sendiri sebarang kerosakan yang berlaku, katanya.

Wednesday, July 20, 2011

NAMA TERBESAR

ABU DHABI: Ia mungkin tanda nama terbesar di dunia. Seorang sheikh kaya-raya mengukir namanya pada permukaan pulau milik peribadinya dan ia boleh dilihat dari angkasa lepas.

Pekerja mengukir perkataan ‘HAMAD’ atas arahan pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan.



Nama itu terbentang seluas 3.2 kilometer dan hurufnya setinggi satu kilometer setiap satu. Ia begitu besar sehingga huruf ‘H’ dan ‘A’ yang pertama dan sebahagian huruf ‘M’ dijadikan laluan air.

Sheikh kaya-raya itu, yang berusia 63 tahun, anggota keluarga pemerintah Abu Dhabi di di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika ini, mempunyai kekayaan berjumlah RM70 bilion, yang kedua terbanyak selepas raja Arab Saudi.

Keretanya yang berjumlah lebih 200, termasuk tujuh Mercedes 500 SEL dicat dengan pelbagai warna pelangi, ditempatkan di sebuah bangunan yang dibina khas, berbentuk piramid.

Namanya itu diukir pada sebuah pulau yang dimilikinya, Al Futaisi. - Agensi

View from space ... mega-rich sheikh's name

NAMA DI HANDPHONE

Nama Isteri di Handphone Suami (hasil survey majalah)

1 - Baru menikah : MY LOVELY WIFE ♥ ♥
2 - 1 thn menikah : MY WIFE/MUMMY
3 - 5 thn menikah : HOME
4 - 10 thn menikah : IBU PEJABAT
5 - 15 thn menikah : BILIK GERAKAN
6 - 20 thn menikah : BUKIT AMAN
7 - 25 thn menikah : WRONG NUMBER!!


 

Monday, July 18, 2011

TUKAR JANTINA

KUALA TERENGGANU – Impian seorang lelaki untuk menukar namanya kepada nama seorang wanita tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonannya.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah mendapati pemohon, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, tiada hak untuk menukar status jantina lelaki kepada perempuan pada sijil kelahiran mahupun MyKad miliknya.


Mohd Ashraf yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.


Menurut Mohd. Yazid, permohonan pemohon yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin serta kewujudan organ dalaman.


“Mahkamah perlu membuat pertimbangan berhati-hati kerana kes ini merupakan satu kes yang sensitif dan jika dibenarkan ia akan memberi impak besar kepada masyarakat,” kata beliau.


Bagaimanapun, Mohd. Yazid berkata, setelah meneliti permohonan pemohon, mahkamah mendapati tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklari bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam Sijil Kelahiran ataupun MyKad.


“Apabila seseorang itu dilahirkan sebagai lelaki, maka tiada asas untuk menukar status jantinanya kepada perempuan,” kata beliau ketika membacakan keputusan itu.


Jelas Mohd. Yazid lagi, pemohon mungkin telah memiliki fizikal atau psikologi seorang wanita namun ia bukanlah asas dalam menukar atau mengubah status jantina pada Sijil Kelahiran ataupun MyKad.


“Laporan perubatan dan pembedahan penukaran jantina juga tidak boleh dijadikan hujah untuk membenarkan permohonan ini kerana tiga faktor yang perlu diambil kira adalah faktor kromosom, kewujudan alat kelamin semasa dilahirkan serta kewujudan organ dalaman,” ujarnya

SOSEJ BABI HALAL JAKIM



BUKTI...sosej dipercayai dibuat daripada babi tertera logo halal Jakim

KUALA LUMPUR: “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”

Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.


Semakan Harian Metro mengenai perkataan ‘chorizo’ di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.


Aira berkata, selepas mengesan sosej ‘chorizo’ itu dia cuba menyemak bahan kandungannya bagi memastikan ia benar-benar diperbuat daripada daging babi, tetapi maklumat itu tidak tertera pada bungkusannya.



“Yang pasti, warna sosej itu nampak lebih terang berbanding sosej daging lembu yang kelihatan kemerahan,” katanya.

PUTING KE-3

LONDON : Seorang wanita muda mencatatkan sejarah perubatan selepas disahkan mempunyai puting ketiga di kakinya.

Penyelidik percaya masalah yang dialami wanita berusia 22 tahun itu adalah yang pertama seumpamanya.



Antara satu hingga lima peratus penduduk dunia dipercayai menghidap masalah itu, yang secara klinikalnya dirujuk sebagai tisu payu dara tambahan. Puting tambahan itu biasanya ditemui pada bahagian atas pinggang.

PUTING pada tapak kaki wanita berusia 22 tahun

Bintang pop, Lily Allen juga terkenal kerana memiliki puting tambahan pada payu dara kirinya.



Kakitangan perubatan percaya, kemunculan puting tambahan di bawah paras pinggang, terutama di tapak kaki, tidak pernah berlaku sebelum ini.



Penemuan itu dilaporkan dalam jurnal perubatan, Dermatology Online.


Pengarangnya menulis: “Seorang wanita berusia 22 tahun mendapatkan rawatan bagi masalah di tapak kaki kirinya, puting payu dara yang terbentuk dengan baik, dikelilingi areola dan bulu.



“Ujian mikroskopik terhadap dermis menunjukkan kewujudan folikel bulu, kelenjar ekrin dan kelenjar minyak. Tisu lemak juga dikesan pada pangkal lesi itu. Penemuan klinikal dan histopatologik adalah selaras dengan diagnosis tisu puting tambahan yang juga dikenali sebagai ‘pseudomamma.’ “Berdasarkan pengetahuan kami, ini adalah laporan pertama mengenai tisu payu dara tambahan di kaki.” Menurut laporan itu, ia wujud sejak lahir. Wanita berkenaan tidak mengadu sakit dan tidak ada anggota keluarganya yang lain berdepan dengan masalah itu. Puting tambahan itu kini mempunyai ukur lilit empat sentimeter.



“Tisu puting tambahan yang dikenali sebagai SBT jarang ditemui di luar garisan kelenjar mama. Namun, ia pernah dilihat sebelum ini di belakang badan, bahu, muka dan juga paha,” menurut jurnal itu. - Agensi

ALLAH CIPTA NERAKA?

Oleh : Amin Fadzlan

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..


Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu'alaikum. "



sumber: KedahLanie..!!

Sunday, July 17, 2011

KATAK



KUALA LUMPUR - Saintis di kawasan pergunungan Sarawak menjumpai spe-sies katak kodok kali terakhir dilihat pengkaji Eropah pada 1924, sekali gus memberi peluang kepada dunia untuk melihat gambar haiwan berwarna-warni itu.

Sejak beberapa tahun lalu, pertubuhan Pemuliharaan Antarabangsa menye-naraikan spesies katak kodok pelangi Borneo itu dalam senarai amfibia yang mungkin sudah pupus.


Namun, pencarian bulan lalu di hutan tebal di Sarawak membuahkan hasil apabila penyelidik menemui katak terbabit tinggal di atas pokok.

Penyelidik Universiti Malaysia Sarawak, Indraneil Das berkata, ia ditemui di kawasan hutan terpencil yang jarang diteroka sejak seabad lalu.

Sebelum ini, saintis hanya mempu-nyai lukisan ilustrasi katak itu berdasarkan gambaran penyelidik pada 1924.

Thursday, July 14, 2011

SOLAT SUBUH

Ratusan ribu umat ISLAM solat subuh berjemaah....bila nak ada kat Malaysia ni?








Tuesday, July 12, 2011

BUAYA


DARWIN - Seorang jurugambar sangat bertuah apabila berjaya merakamkan aksi yang jarang dapat diabadikan melalui lensa - seekor buaya besar melompat di Sungai Adelaide.

Sepanjang 5.5 meter, Brutus ialah seekor buaya air masin yang hidup di sungai berkenaan dan menjadi perhatian di kalangan pelancong di Wilayah Utara Australia kerana keunikannya yang kudung.

Brutus kehilangan kaki kanan depan dipercayai selepas bertarung dengan jerung di kawasan muara Sungai Adelaide.

Ketika gambar ini dirakamkan, Brutus cuba mencapai daging kerbau yang dihulurkan bersebelahan bot sarat berisi pelancong.

Jurugambar terbabit, Katrina Bridgeford, berkata dia tidak menyangka dapat mengambil aksi Brutus dalam keadaan istimewa begitu.

“Ia sangat hampir dengan pelancong dan anda boleh menyentuh Brutus jika menghulurkan tangan ke arahnya,” katanya.


Aktiviti melihat aksi buaya melompat dari sungai adalah tarikan utama aktiviti pelancongan di kawasan berkenaan.

PANTAS... aksi Brutus menyambar daging berjaya dirakam Katrina di Sungai Adelaide

Wednesday, July 6, 2011

RATU CANTIK

COLUMBIA, Amerika Syarikat - Walaupun sebelum ini memiliki berat badan 104 kilogram (kg), Bree Boyce yang berusia 22 tahun mampu membuktikan bahawa boleh memenangi Ratu Cantik Carolina Selatan selepas dia menurunkan berat badannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Setelah berjaya menurunkan berat badan sehingga 49kg, Bree telah memenangi pertandingan ratu cantik peringkat negeri itu pada 2 Julai di sini.

Dia yang merupakan seorang penyanyi dari Carolina Selatan membuat kejutan dengan kemenangan itu dan bakal bertanding dalam Ratu Cantik Amerika yang akan berlangsung di Las Vegas, Januari depan.

Beberapa foto menunjukkan dia mengalami transformasi mendadak daripada gadis berbadan gemuk sehingga menjadi seorang wanita yang berkeyakinan dan menawan kerana bentuk badan Bree kini kurus.

"Matlamat saya ialah menginspirasikan semua peringkat umur untuk menjadi sihat menerusi amalan pemakanan yang sihat, senaman dan percaya pada diri sendiri.

"Anda mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan anda,

"Saya begitu teruja untuk berkongsi pengalaman ini bersama rakan-rakan. Saya cukup bertuah kerana dapat berjumpa orang ramai menerusi lawatan di sekolah dan acara kebajikan," katanya menerusi laman sosial Facebook.

Bree memberitahu, dia tidak percaya dengan diet kerana sering gagal dengan mencuba kaedah itu sebaliknya melihat badannya seperti sebuah kereta yang memerlukan bahan api untuk bergerak dengan lebih cekap.

"Kalau saya mahu makan kek coklat saya akan makan tetapi bukan setiap hari dan setiap jam. Kamu perlu mengambilnya secara sederhana," jelasnya. - Agensi

 
BREE BOYCE menang Ratu Cantik Carolina Selatan di Columbia, Amerika Syarikat pada 2 Julai lalu

Tuesday, July 5, 2011

SEXY TAK?

Kalau tengok pic ni...jangan salah sangka pulak ya....bukan niat nak post kat sini, tapi just nak sharing dgn kawan2 jerrrrr......

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi cuba perhatikan betul2.....ini hanyalah teknik photography sebenarnya








 

Monday, July 4, 2011

SEPIT

Nak gelak ke nak kesian?





Macam mana boleh tersepit ni?apa2 pun...memang kesian kat amoi ni

Sunday, July 3, 2011

RM290 JADI RM2 JUTA

SUSSEX, Britain - Sebuah kereta lumba Bugatti yang dibeli pada harga £60 (RM290) pada 1950 telah dijual dalam satu lelongan pada harga £430,000 (RM2.08 juta) pada Festival Kelajuan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu milik Jack Perkins dari Ruby, Warwickshire yang dibelinya di Nottinghamshire dan diubah suai untuk digunakan dalam perlumbaan.

Perkins yang merupakan seorang jurutera menggunakan kereta itu dalam perlumbaan Indianapolis 500 pada 1936 dan Kejuaraan Kebangsaan Amerika pada 1938.

Dia meninggal dunia pada 1992 dan berlumba sehingga Jun 1988 semasa berumur 78 tahun.

Balunya, Jean kemudian memutuskan untuk mempamerkan kereta itu di Muzium Kenderaan Haynes di Somerset sehingga Disember 2010.

Keluarga Perkins kemudian memutuskan untuk melelong kereta itu dalam satu acara lelongan pada hujung minggu lalu.

Identiti pemilik baharu kereta itu tidak diketahui. - Agensi

PEMUDA MISKIN JADI KAYA

Pemuda ini dilahirkan dari keluarga miskin di New York. Ibunya terpaksa melahirkannya ditangga pintu sebuah sekolah. Akibatnya dia lahir yang tidak sempurna, dia menderita kelainan saraf di bahagian mukaya, sebelah kanan wajahnya menjadi seperti tidak normal.

Dia juga gagap dan hujung bibirnya selalu tertarik ke bawah. Dia kerap diejek sebagai watak kartun kucing di Looney Tunes yang kebetulan mirip dengan namanya.


Namun begitu , dia mempunyai impian untuk menjadi pelakon terkenal.


Untuk mengejar mimpinya menjadi pelakon terkenal, pemuda ini mengikuti audition di mana-mana. Retapi wajahnya yang “seperti cacat mental” dan gagap, serta lakonannya yang kelihatan kaku, dia selalu ditolak untuk berlakon walau apa watak pun.



Tetapi dia tidak berputus asa walaupun dia di tolak sebanyak 1500 kali, bahkan jumlah keseluruhan agen filem di New York tidak sebanyak itu. Ini bermakna, beberapa agen sudah menolaknya berkali-kali.


Setelah gagal audition dimana-mana, akhirnya dia bernekad.


Untuk mendapatkan watak pertamanya dia tidak mengalah. Dia datang kesebuah agensi pada pukul 04.00 petang tetapi agen filem yang didatangi menolak untuk bertemu dengannya. Keesokan paginya ketika agen tersebut datang ke pejabat dia mendapati pemuda tersebut tetap menunggu. Dia menunggu semalaman.


Akhirnya agen tersebut tidak tahan dan memberinya peluang. Walaupun dia hanya muncul selama beberapa minit sebagai pelakon tambahan, ini sudah merupakan kebanggaan bagi dirinya. Setidaknya memberi nilai tambah bahawa dia pernah main filem. Dia pikir jalannya akan lebih mudah.


Tapi ternyata kariernya tidak berganjak. Dia menemui kegagalan demi kegagalan untuk mendapatkan peranan lain. Dia .Malah dia pernah berlakon dalam filem semi-porno dengan bayaran yang serendah US$200 untuk 2 hari shooting.


Setelah itu pun kariernya pun tidak bertambah maju.


Dia tidak mampu membeli alat pemanas bilik ketika suhu sangat sejuk di New York. Dia terpaksa ke perpustakaan membaca, sekadar untuk mendapat suhu yang hangat. Dari buku yang dibaca di perpustakaan dia akhirnya mendapat idea untuk menulis skrip. Dia berjaya menjual satu skrip berharga US$ 100.


Hidupnya tidak bertambah baik. Isterinya mula tidak tahan dengan sikapnya. Isterinya selalu menyuruhnya mencari pekerjaan yang tidak ada hubugannya dengan lakonan, tapi dia tetap berkeras tidak ingin mengubur impiannya di dunia lakonan. Hidupnya semakin sukar, dia terpaksa menjual perhiasan isterinya.


Pada titik terendah dalam hidupnya dia terpaksa menjual anjing kesayangan bernama Timmy. Dia berkerja keras selama berbulan-bulan sehingga dia dia sama sekali tidak punya wang. Timmy sangat rapat dengannya, seperti sahabat, dengan terpaksa menjual anjingnya hanya dengan harga US$ 25 untuk boleh menyambung hidupnya, kerana sudah betul-betul terdesak, sehingga dia tiada wang langsung untuk makan. Semasa itu dia menangis.


Dalam kepayahan itu, dia menonton sebuah pertandingan tinju antara Mohammad Ali dan Chuck Webner, seorang peninju lemah yang menurut ramalan orang ramai akan dapat ditumbangkan selama 3 round, ternyata Webner mempunyai kemantapan dan kekerasan hati. Dia berjaya menyelesaikan keseluruhan 15 round melawan Ali kerana tidak mahu menyerah.


Pemuda itu sangat terinspirasi pada perlawanan tersebut dan muncul sebuah visi untuk menulis skrip filem mengenai perlawanan itu. Pada malam hari itu juga dia menulis dan menulis selama 3 hari tanpa berhenti, hingga skripnya selesai. Dia sangat gembira dengan skrip tersebut, kerana dalam fikirannya dia tahu bahawa skrip cerita tersebut akan menjadi sebuah filem yang mengubah hidup dan nasibnya. Tangannya sampai bergetar semasa memegang skrip itu.


Kemudian dia mengajukan skripnya kepada produser filem. Namun tidak ada yang memandang serius kepada skrip cerita tersebut.


Tetapi Dia tidak pernah berhenti berusaha. Dia menawarkan skrip ceritanya dan ditolak berarus kali kepada semua produser dan studio filem. Sehingga suatu hari, ada sebuah studio yang berani membeli skripnya dengan nilai US$20,000 dengan syarat heronya dibitangi oleh Ryan O’Neal dan Brut Reynolds.


Dia senang sekali mendapat penawaran itu, akan tetapi tetap ingin membintangi sendiri filem tersebut. Dia menawarkan diri berlakon. Pengarah itu menolak. Walaupun sesungguhnya sangat memperlukan wang, dia berkeras menolak menjual skrip tersebut kecuali jika dia boleh menjadi bintangnya. Pengarah tersebut terus menaikkan tawarannya $80,000, $125,000, $250,000 sehingga $325,000, tetapi pemuda berkeras tidak mahu menjual skripnya kecuali dia menjadi heronya. Dia berjanji akan berlakon dengan baik.


Akhirnya produser tersebut setuju dan menjadikan dia hero dalam filem tersebut, namun hanya dengan bayaran $20,000 untuk skrip cerita dan ditambah $340 seminggu iaitu upah minima seorang pelakon. Setelah dipotong kos-kos komisyen agen, dan sewa, dia hanya mendapat pendapatan bersih $6,000 bukannya $325,000


Siapakah pemuda tersebut?
 ^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
 



Ini adalah kisah benar Sylvester Stallone atau nama singkatan “Sly”.
Sly sedar, setelah 1500 kali ditolak, skrip Rocky yang dibuatnya mungkin satu-satunya pintu gerbang untuk menjadi hero, kerana itu dia tidak mahu melepaskan watak Rocky kepada orang lain.

Sekalipun berbudget rendah US$1,000.000 dan dibintangi aktor tidak terkenal pada masa itu, iaitu Stallone sendiri, filem ini meledak di pasaran dan menghasilkan wang US$ 200,000,000 atau 200 kali lipat ganda.

Dari filem Rocky yang dibintanginya dia meraih Academy Award sebagai pelakon terbaik. Filem tersebut memenangi tiga Oscar untuk filem terbaik, pengarah terbaik dan skenario filem terbaik.

Setelah Rocky, kejayaan terus mengiringinya selama beberapa tahun selepas itu. Dia kembali berjaya menjadi ikon action movie dalam watak Rambo. Pemuda keturunan itali ini menjadi ikon lelaki macho dalam filem-filem action di Holywood.

Dia menjadi pelakon pencetak box office terbesar didunia sepanjang tahun 1970 hingga 1990. Filem Rocky (Rocky 1-5) dan Rambo (1-4) meraih hampir US$1 billion, dan menjadikan Stallone seorang bintang filem internasional termahal.

Apa yang dicapainya kini merupakan buah keteguhannya mempertahankan mimpi untuk menjadi bintang filem.

Seandainya dia merelakan skrip Rocky dibintangi oleh orang lain mungkin dia mendapat US$325,000 untuk skripnya tapi dia kehilangan peluang, yang mungkin satu-satunya, untuk menjadi bintang utama.

Tentang penolakan yang dilaminya, dia berkata

“i take rejection as someone blowing a bugle in my ear to wake up and get going, rather than retreat”.
“saya anggap penolakan seperti orang ditiupkan terompet di telinga untuk membangunkan kita bukan untuk mengundur”.

Friday, July 1, 2011

MISSION IMPOSIBLE


BENTUK kereta BMW i8.



LOS ANGELES - Siri keempat filem aksi Mission Impossible yang dibintangi oleh aktor Tom Cruise akan memaparkan penggunaan kereta mewah dan berteknologi tinggi, sebuah kereta BMW i8.

Syarikat automotif BMW telah mengesahkan bahawa kenderaan futuristik i8 hibrid elektrik diesel itu buat pertama kali akan muncul dalam filem tersebut.

Paparan treler filem Mission Impossible: Ghost Protocol menunjukkan kereta BMW i8 tiba di Hotel Ritzy, Dubai iaitu lokasi penggambaran filem itu manakala pelakon pembantu, Paula Patton dengan penuh bergaya keluar dari bahagian penumpang.

Kereta BMW i8 yang berharga AS$160,000 (RM481,679) memberikan pemanduan penuh dengan gaya hebat.

Cruise memegang watak sebagai perisik Ethan Hunt dalam filem tersebut.

"Jika anda adalah perisik Ethan Hunt, kenderaan ini sememangnya sesuai di sisinya. BMW i8 menjanjikan kelajuan dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam dalam tempoh lima saat.

"Kereta itu dikuasakan dengan 328 kuasa kuda diesel-elektrik yang mempunyai kelajuan tertinggi iaitu 249.45 kilometer sejam manakala bahan api pula 100.58 kilometer untuk 3.78 liter. Dalam erti kata lain, ia merupakan kenderaan perjalanan jauh yang sempurna," jelas pihak BMW. - Agensi