Thursday, June 30, 2011

IKAN PARI RAKSASA



Seorang penyelam mendekati seekor ikan pari manta di Teluk Hanifaru, Kepulauan Maldives baru-baru ini.

MALE - Imej sekumpulan ikan pari manta gergasi berenang di Teluk Hanifaru, Kepulauan Maldives dirakamkan seorang jurugambar Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Jurugambar berkenaan, Warren Baverstock, 42, mengambil masa selama sembilan hari untuk merakamkan kumpulan ikan pari gergasi itu yang tiba untuk memakan plankton di perairan tersebut baru-baru ini.

Terdapat sekitar 200 pari manta dengan lebar lebih tiga meter berkumpul di teluk sebesar padang bola sepak itu untuk mencari makanan. - Agensi

LYNAS RADIASI

KUALA LUMPUR Jun 30, 2011 - Lynas Corporation Ltd pada Khamis menafikan dakwaan bahawa kilang nadir buminya yang terletak di Zon Perindustrian Gebeng, dekat Kuantan, berdepan dengan masalah reka bentuk serta pembinaan yang membahayakan alam sekitar.

Dengan tajuk "The Fear of a Toxic Rerun", laporan New York Times hari ini memetik memo dalaman serta bekas jurutera dan jurutera sekarang ini terhadap projek itu.

Bercakap pada taklimat media hari ini, Pengerusi Eksekutifnya Nicholas Curtis memberi jaminan yang kilang itu selamat dan tiada isu kejuruteraan.

"Kami tidak faham, sumber bahan berkenaan dalam artikel itu. Kami boleh mengesahkan yang tiada isu kejuruteraan yang kami percaya tidak selamat.

"Kami mengutamakan keselamatan masyarakat dan pekerja mendahului segalanya dan kami tidak akan berkompromi dalam standard kejuruteraan.

"Semua pihak kontrak bersetuju dengan kami yang tiada isu kejuruteraan penting yang menyebabkan kami tidak dapat mematuhi sebarang standard. Kami tahu kilang selamat.

"Tiada apa yang menjadikan kami tidak dapat memenuhi standard yang ditetapkan di Malaysia," kata Curtis, dan menambah standard di Malaysia adalah standard antarabangsa.

Sementara itu, mengulas mengenai saranan supaya diadakan debat media awam mengenai kilang nadir bumi oleh anggota parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Curtis berkata: "Saya tidak rasa ia sesuai.

"Bukan kedudukan saya sebagai warga asing dan tetamu di Malaysia untuk mengadakan debat awam dengan anggota parlimen.

"Kedudukan saya sebagai pelabur asing dengan pelaburan yang besar di Malaysia bagi menangani kebimbangan rakyat yang berkenaan sebaik mungkin dalam pertemuan persendirian antara kami secara bebas dan terbuka," katanya.

MAKHLUK HALUS



KUANTAN: “Saya demam dua hari selepas melihat imej tiga makhluk itu,” kata seorang penunda kereta, Abdul Mubin Mohamad, 24, yang mendakwa merakam gambar tiga makhluk halus menggunakan kamera digital di Jalan Kuantan-Gambang, berhampiran sebuah tokong, di sini, pada 17 Jun lalu.

Sebagai pekerja separuh masa di sebuah bengkel membaiki kereta yang terbabit dalam kemalangan, antara tugas Abdul Mubin ialah mengambil gambar kereta mangsa sebelum ditunda ke premis majikannya.



“Pada hari itu (17 Jun) kira-kira jam 11.30 malam, ada kemalangan di kawasan berkenaan membabitkan sebuah kereta BMW 5 Siri yang dinaiki empat lelaki dalam perjalanan ke Kuantan.


“Bagaimanapun, semua lelaki terbabit hanya cedera dan mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan manakala kereta mereka terbabas ke kiri dan ‘melekat’ pada sebatang pokok,” katanya.



Dia yang turut membawa anak isterinya ke tempat kejadian itu mengambil gambar kereta berkenaan sambil dibantu rakannya. Bagaimanapun, kereta itu ditunda pemilik bengkel lain.



Abdul Mubin berkata, selepas urusan mengambil gambar selesai, dia pulang ke rumah.


“Saya berhenti di sebuah stesen minyak di Jalan Gambang untuk ke tandas sebelum isteri menegur mengenai gambar diambil selepas berasa curiga dengan bentuk tiga lembaga yang dirakam.



“Saya membesarkan lagi imej berkenaan sebelum terkejut melihat ‘satu keluarga’ berwajah ngeri dan lengkap berpakaian.



“Makhluk menyerupai wanita itu berpakaian serba putih manakala dua lagi berbaju merah,” katanya, di sini, semalam.



Menurutnya, terkejut dengan penemuan makhluk itu yang kali pertama dilihatnya, dia kemudian memberitahu rakannya yang sama-sama berada di tempat kejadian.



Dia berkata, rakannya mendakwa tidak selesa ketika mereka berada di kawasan berkenaan sebelum itu.



Katanya, rakannya turut mendakwa menemui kesan tapak kaki berlumpur berjalan naik ke bumbung kereta yang terbabit nahas itu tetapi enggan menceritakan kepadanya kerana bimbang sesuatu buruk berlaku.



Abdul Mubin mendakwa, ketika merakam gambar berkenaan, dia yakin tiada sesiapa berada di depannya kerana tempat kejadian gelap gelita.



“Saya menunjukkan rakaman itu kepada beberapa rakan lain dan mereka mendakwa objek itu makhluk halus dan ini kali pertama saya merakam gambar sedemikian selepas beberapa tahun bekerja sebagai penarik kereta,” katanya.



Sementara itu, anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Mohd Azwari Abdullah, 31, berkata, dia juga mengalami nasib sama dan demam selepas melihat gambar berkenaan.



“Ketika di tempat kejadian, saya sudah merasa ada sesuatu tidak kena namun saya tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam kereta.



“Makhluk halus itu ciptaan Tuhan dan hanya boleh dilihat secara kebetulan saja namun saya bersyukur kerana tidak mengalami kejadian lebih buruk selepas kerja menyelamat selesai dijalankan,” katanya.

SUMBER:METRO 1/7/2011

LONGEST BRIDGE

Jiaozhou Bay Bridge


BEIJING Jun 30, 2011- China pada Khamis mula membuka jambatan merentasi laut yang terpanjang di dunia.

Jambatan Jiaozhou Bay sepanjang 42 kilometer menghubungkan bandar pelabuhan Qingdao di bahagian timur China dengan pulau Huangdao.

Stesen televisyen tempatan, CCTV berkata binaan yang mempunyai lebar seluas 35 meter itu merupakan jambatan yang terpanjang di dunia dan menelan belanja lebih daripada RM4.5 bilion untuk dibina.

CCTV melaporkan jambatan tersebut dan satu terowong dalam laut lulus pemeriksaan pada Isnin dan dibuka untuk digunakan pada Khamis.

Jambatan yang mempunyai 5,000 batang tiang itu mengambil masa empat tahun untuk siap dibina.

Menurut Guinness World Records, rekod jambatan atas air terpanjang di dunia sebelum ini adalah milik jambatan Lake Pontchartrain Causeway di Louisiana, Amerika Syarikat (AS).

Namun jambatan Jiaozhou Bay yang didirikan China adalah 4 kilometer lebih panjang daripada jambatan di AS itu. -AP

KAPAL TERTUA



Para arkeologi mula menggali kapal kayu berusia 4500 tahun yang ditemui berhampiran Piramid Agung Giza. Kapal ini dipercayai membawa Firaun Khufu ke alam baka.

Kapal ini dipercayai sebagai adat agama yang akan membawa Firaun Khufu ke alam baka. Khufu yang juga dikenali sebagai Cheops ini dikenali sebagai pembangun Piramid Agung Giza. Ketua projek pemulihan Sakuji Yoshimura dari Universiti Wasela mengatakan, salah satu kapal dari dua kapal yang ditemui bertuliskan nama Khufu.


Khufu merupakan pengasas dinasti keempat pada tahun 2680 Sebelum Masihi (SM) dan menjadi pemimpin Mesir selama 23 tahun. Menteri Warisan Mesir, Zahi Hawass mengakui bahawa penggalian ini merupakan salah satu projek arkeologi dan pemuliharaan terpenting dunia.


Kapal ini asalnya ditemui pada tahun 1954 bersama kapal lain yang kemudian dipulihara dan dianggap sebagai salah satu penemuan besar di dataran tinggi Giza. Para ahli arkeologi mengakui kapal ini merupakan kapal tertua yang boleh bertahan hingga kini.


Setelah proses penggalian selesai, saintis akan membuat skema komputer kapal ini untuk membantu memuliharanya. Pemulihan kapal ini dijangka memakan masa empat tahun. Setelah selesai, seperti dilaporkan Fox News, kapal ini akan dipamerkan di Muzium Solar Boar berhampiran Piramid Agung Giza.

Monday, June 27, 2011

BOIKOT ASTRO

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
No. 70X Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-425 77 222 Faks: 03-4256 6617
Hotline: 019-359 1000 Laman Web : www.muslimconsumer.org.my




KENYATAAN MEDIA 27hb Jun 2011 PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM):

Boikot Astro! Kerana Pentingkan Keuntungan Lebih Daripada Pengguna


Merujuk kepada kenyataan media PPIM betarikh 17hb Jun 2011 mengenai kenaikan harga dan kualiti perkhidmatan Astro dan juga kenyataan media oleh En. Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro bertarikh 24hb Jun 2011 di Star bertajuk Price revision is ‘inevitable’, PPIM amat berdukacita pihak Astro tidak berganjak daripada keputusannya menaikkan harga pakej langganan berkuatkuasa Julai 2011 walaupun mendapat desakan daripada beberapa Persatuan-Persatuan Pengguna dan juga Kementerian berkaitan untuk tidak berbuat demikian.



PPIM kesal dengan sikap Astro yang tidak prihatin langsung terhadap rungutan pengguna yang rata-rata tidak bersetuju dengan notis kenaikan harga berkuatkuasa Julai 2011. Ini berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan PPIM di laman blog
www.muslimconsumer.org.my. Sikap demikian mencerminkan keperibadian Astro yang bertentangan dengan semangat 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan yang diperjuangkan Kerajaan.


PPIM ingin menyedarkan semua pengguna, Astro hanya berminat untuk mengaut keuntungan daripada pengguna yang tidak mempunyai pilihan kerana siaran TV berbayar melalui SATELIT DIMONOPOLI ASTRO selama DUA PULUH (20) TAHUN. Rungutan dan keperluan pengguna kepada perkhidmatan yang berkualiti tidak diendahkan Astro kerana tiada persaingan.



Pihak Astro pula sentiasa menyalahkan syarikat TV berbayar lain atas kenaikan kos kandungan sedangkan pihak Astro mempunyai sumber kewangan yang kukuh hasil daripada lesen monopoli tv satelit yang dinikmati selama ini untuk membida kandungan pada harga yang amat tinggi berbanding pihak lain.



Setelah hampir sepuluh (10) tahun mengaut keuntungan berlipat ganda hasil daripada langganan pengguna dan juga hasil iklan TV, pihak Astro telah menunjukkan keangkuhannya dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga langganan tanpa berbincang dengan pihak berwajib.



Memandangkan pihak Astro tidak mengendahkan tuntutan pengguna melalui PPIM yang dibuat pada kenyataan media bertarikh 17hb Jun 2011, PPIM menggesa semua pelanggan dan pengguna Astro bersatu dan memboikot ASTRO sehingga mereka akur kepada tuntutan-tuntuntan tersebut.



Pada fasa pertama ini, PPIM akan bertindak melalui ahli-ahlinya dengan:

1. Tidak membayar bil langganan bulanan Astro selama tiga (3) bulan berturut-turut;
2. Memboikot produk dan perkhidmatan para pengiklan yang mengiklan di Astro melalui kuasa pengguna yang sedia ada; dan
3. Menuntut Kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)dan Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) mengambil tindakan untuk membela hak pengguna melalui pelbagai Akta sedia ada seperti Consumer Protection Act 1999 dan Communication & Multimedia Act 1998.[end]


JOM KITA AJAR CKET ASTROOKK
 

ANJING

Insiden ngeri dikatakan telah berlaku berhampiran pintu masuk pasar Kengkou daerah Guangzhou, China.. 




TRANSFORMERS

Adakah ini logo yg dicipta oleh remaja Malaysia yang mengalahkan semua peserta pertandingan cipta logo transformer baru?
Memang mantap....




ALOR GAJAH Jun 27, 2011: Seorang pelajar Malaysia muncul sebagai pemenang utama dalam peraduan "Iridescent Artwork" iaitu mencipta logo bagi edisi kelima siri filem blockbuster Hollywood - "Transformer".

Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said di sini berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan tersebut.

"Saya tidak menyangka kerana ia kemenangan pertama saya lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa bagi mencipta logo bersempena jelajah konsert Linkin Park di Moscow bermula Jumaat lepas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Saujana Heights, di sini, petang Isnin.

Beliau berkata, logo tersebut adalah sebagai latarbelakang 'soundtrack' filem "Transformers: Dark Of The Moon" yang dinyanyikan oleh kumpulan antarabangsa itu.

Katanya, proses menyiapkan logo tersebut hanya memakan masa selama setengah hari dan kemenangan itu merupakan satu kebanggaan bagi diri dan keluarganya.

Wan Muhammad Hazzim yang bercita-cita untuk menjadi seorang pereka animasi sememangnya meminati siri Transformers dan menjadikan minat beliau sebagai inspirasi mereka logo itu, katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui hadiah yang bakal dimenanginya kerana belum dihubungi oleh penganjur bagi ganjaran itu.

"Saya mengetahui kemenangan saya menerusi e-mel dan facebook," katanya remaja bongsu dari dua adik-beradik itu yang bagaimanapun kurang mengemari muzik kumpulan Linkin Park.

Bagi ibunya, Zaharah Ramli 48, pensyarah dalam bidang seni reka grafik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, sememangnya menyokong minat dan cita-cita anaknya dalam bidang yang diminati.

"Saya sekeluarga rasa bangga di atas pencapaian Hazzim," katanya.

Filem Transformers arahan Michael Bay itu bakal menemui penonton tidak lama lagi dan ianya sekaligus meletakkan nama anak Malaysia sebagai salah seorang individu yang terlibat.

Hasil logo tersebut akan dibawa bersama sepanjang siri konsert jelajah Linkin Park di Moscow sebagai latar kepada 'soundtrack' konsert tersebut. - BERNAMA

MENTARANG

Kat mana boleh dapat mentarang ni ya?
Nampak macam sedap jer....

Masak macam mana yang paling best?
Kalau jumpa kat kedai makan tengah hari nanti....nak belasah mentarang la....


BEBAS

Di petang isnin yg begitu syahdu,aku nak share beberapa pic ex player barca...sapo lai klu bukan henry n ronaldinho.
pic ni pic lamo dah,tp saje je nak bukak minda korg yg bukan saje player man u buley jd gay...hahaha..jgn mara fan man u n barca..
santai sajeee



 Mesranya Mereka Berdua. . . . . . .

|

|

|

|

|

|

|

7 bulan kemudian

|

|

|

|

|

|

SELIPAR IMPORT

See below for Chinese Slippers now being sold in Walmart in the US . Hopefully, they are not yet in Malaysia ....
REMEMBER THE PAINT ON KIDS TOYS











This is very true as I heard it in news from one of our localradios here that our govt has to be extra careful on these cheap imports from china.. These includes clothes, food, toys, slippers and even glasses because the Chinese are using some strong but cheap chemical in their manufacturing process. Cheap is becoming expensive and at the same time fatal. 

GETAH

Be careful about these Chinese products
Very important! Please spread the news!!
Be cautious of hair bands at open markets around the city – they are proobably from China since they are purchased in bulk very very cheap !!!!
Take a good look before buying hair bands in future – specially like the following kind ¦..


 These Hair bands were made from used condoms and threads



BEIJING (AFP) - Used condoms are being recycled into hair bands in southern China threatening to spread sexually-transmittable diseases they were originally meant to prevent, state media reported Tuesday
In the latest example of potentially harmful Chinese-made products, rubber hair bands have been found in local markets and beauty salons in Dongguan and Guangzhou cities in southern Guangdong province, China Daily newspaper said.
'These cheap and colorful rubber bands and hair ties sell well ..... threatening the health of local people,' it said.. Despite being recycled, the hair bands could still contain bacteria and viruses, it said.
'People could be infected with (genital) warts or other diseases if they hold the rubber bands or strings in their mouths while waving their hair into plaits or buns,' the paper quoted a local dermatologist who gave only his surname, Dong, as saying. A bag of ten of the recycled bands sells for just Rs.5, much cheaper than others on the market, accounting for their popularity, the paper said.
A government official was quoted as saying recycling condoms was illegal. China 's manufacturing industry has been repeatedly tarnished this year by a string of scandals involving shoddy or dangerous goods made for both domestic and foreign markets.
In response, it launched a public relations blitz this summer aimed at playing up efforts to strengthen monitoring systems.
Check your kids hair bands and make sure they do not put them in their mouth while trying to plait or tie their hair .

Sunday, June 26, 2011

IKAN TERBANG

Sape pernah tengok ikan ni? Ada orang cakap rupa ikan ni macam katak...apa pandangan korang semua. Ini satu lagi makhluk ciptaan Allah. Subhanallah.






Ada yang cakap kat Jepun dia orang makan ikan ni....aku taktahu la samada ikan ni betul2 boleh terbang ataupun hanya melompat-lompat macam dolphin sahaja. Tapi kalau tengok pada sayap tu....rasanya boleh jer ikan ni terbang, tp mungkin pada permukaan laut jer.

Friday, June 24, 2011

KEMALANGAN PALING MAHAL DI DUNIA

10.Titanic ($150 Juta)


Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal didunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yg paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta Sekarang)

9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)


Pada 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.

8. MetroLink Crash ($500 Juta)


Ianya berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah Chatsworth, Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain cedera. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.

7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)


B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.

6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)
 
Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.

5. Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)


Hari terburuk dalam sejarah minyak dunia. Ketika itu Piper Alpha Oil merupakan pengeluar minyak terbesar didunia dgn menghasilkan 317,000 per tong sehari. Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia ini terjadi pada 6 Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas cecair. Kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan seperti biasa, apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 kehilangan nyawa.

4. Challenger Explosion ($5.5 Billion)


Pada 28 Januari 1986, NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring” dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan yang dahsyat. Kos untuk menukarkan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan telah memakan kos hampir $5 billion.

3. Prestige Oil Spill ($12 Billion)


Pada 13 November 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa 77,000 tan minyak mentah dan kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol. Akibat risau kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten kapal telah memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tenggelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion.

2. Space Shuttle Columbia ($13 Billion)


Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada 1 Februari 2003. Hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut terbunuh. Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978 ($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan utk tujuan penyiasatan serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.

1. Chernobyl ($200 Billion)


Pada April 1986 telah berlakunya malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan. Lebih 1.7 juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi. Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupannya dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua. Kemalangan di Chernobyl ini, menyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.

$ = USD????????

Thursday, June 23, 2011

DAGING TIRUAN


Para saintis di Jepun telah menemui kaedah untuk memproses tahi kepada daging tiruan.
Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis. Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bacteria yang banyak.

Para pengkaji kemudian mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan2 tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan. 'Daging' yang terjadi mengandungi 63% protein, 25% carbohydrates, 3% lipids dan 9% mineral. Para pengkaji kemudian menambah pewarna merah dan perasa soya untuk menambah kelazatan. Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu.



Agaknya sebab ni lah ramai orang Jepun macam dah tak betul, tapi otak genius. Tak pe lah, tak genius pun tak pe asal tak makan tahi. Korang yang suka pegi Jepun pasni hati-hati tau, mana tau kut-kut jadi tikus makmal tak sengaja untuk test daging tiruan ni, rasa sama je dengan daging lembu.

GORES DAN MENANG

BARU-baru ini saya ke Pantai Timur (Kelantan) kerana mengikuti suami yang berkursus selama tiga hari dan peluang cuti hujung minggu kami gunakan untuk melawat beberapa tempat menarik termasuk singgah di beberapa buah pasar raya yang terdapat di sana.

Saya agak terkejut kerana hampir setiap lokasi pasar raya yang saya singgah pasti kami disambut dengan pelawaan lebih 10 remaja yang menawarkan kupon, baucer dan cenderahati seperti gelas. Mereka menjalankan modus operandi yang sama - kegiatan gores dan menang.


Lebih mengejutkan, di setiap lokasi berbeza, pasti ada individu terpengaruh mendengar penerangan mengena barangan elektronik yang ditawarkan.


Saya hampir tidak percaya, walaupun berkali-kali pihak media menghebahkan mengenai kegiatan menipu gores dan menang tetapi masih ada individu yang terpengaruh meskipun dari segi luarannya mereka terpelajar atau mempunyai kerjaya profesional.


Saya mengagak mereka ini berduit orangnya, malangnya mereka seperti dipukau oleh drama-drama lakonan pekerja di dalam kedai itu. Agak menyeramkan juga sebenarnya apabila selama sesi pujukan itu berlangsung, gerak-geri pekerja seolah-olah diperhatikan oleh beberapa individu yang mungkin juga kakitangan atasan.


Agak menyedihkan apabila kebanyakan pekerja yang terdiri di kalangan golongan remaja Melayu dalam lingkungan usia awal 20-an ini seperti direkrut oleh pihak majikan melakukan ‘drama bersiri’ terhadap mangsa di kalangan bangsa yang sama.


Saya juga ada menerima sehelai baucer di sebuah pasar raya yang bersambung dengan hotel tempat saya menginap. Saya diajak ke sebuah kedai yang dipenuhi barangan elektronik. Dua remaja Melayu kemudian meminta saya mengisi borang biodata diri dan bermulalah drama yang dilakonkan oleh kakitangan kedai terbabit.


Ternyata, modus operandi mereka serupa, sama ada di pasar raya A, B, C atau D. Strategi pekerja di kedai barangan elektronik itu tidak berubah walau di mana lokasi ia dilakukan.


Selepas mengisi borang, mereka memberi dua kupon dan meminta saya membukanya. Satu kupon saya mendapat baucer bernilai RM200 untuk barangan bernilai hampir RM1,000 dan boleh digunakan untuk tempoh dua bulan.


Menariknya, sebaik sahaja membuka kupon kedua, seorang pekerja tiba-tiba berlakon menjerit keriangan dan mengucapkan tahniah sambil menghulurkan tangan. Mereka buat-buat terkejut kononnya saya memenangi kupon bertuah yang menawarkan baucer RM100 dan dua barangan tajaan atau percuma iaitu sebuah penapis air dan dapur elektrik bernilai hampir RM6,500.

 


Umumnya tidak akan ada individu yang menolak mendapat barangan percuma itu apatah lagi liciknya mereka berdrama apabila salah seorang pekerja menghubungi seorang lelaki yang mengaku pengurus. Pengurus itu bercakap dengan saya melalui telefon untuk mengesahkan kupon dan hadiah yang akan diserahkan kepada saya itu adalah sah.


Di sinilah berlaku penganiayaan apabila untuk mendapatkan dua hadiah percuma itu saya ‘dipaksa’ membeli sebuah barangan lain berharga RM3,200 dan pendirian pun mudah rapuh apabila ditawarkan sebuah lagi produk bernilai RM1,000 jika memilih untuk membayar secara tunai.


Saya tahu mereka sedang melakukan provokasi terhadap mangsa seperti saya dan terpulang kepada bijak atau sebaliknya kita menangani situasi tersebut. Jika gelap mata dan terpesona dengan pujukan mereka, sementelah duit pula ada dalam simpanan memang kita akur dan tewas.


Sebenarnya empat barangan yang bakal saya peroleh itu tidak berbaloi dengan wang RM3,200 yang akan dibayar tetapi pelanggan sering terpedaya dengan perangkap yang telah dipasang. Lebih mengecewakan apabila pekerja di sana tanpa rasa bersalah terus menerus mendesak saya mengeluarkan wang atau gunakan apa sahaja cara termasuk kad visa, kad kredit atau bayaran ansuran asalkan saya bersetuju.


Persoalannya, bagaimana mereka (kedai) jenis perniagaan begini mendapat kelulusan lesen perniagaan malah beroperasi di pasar raya besar dan ternama.


HAMPIR JADI MANGSA


Pulau Pinang

GAMERS ROOM



Amacam kaki-kaki games, dapat buat koleksi games macam ni baru best, tapi boleh habis ke semua stage dalam games yang mamat ni main?
Berapa lama start buat koleksi pun taktahu la ni....ni belum termasuk koleksi yang kena rembat dengan kawan-kawan yang datang pinjam, pastu tak pulang balik....hehehhe

Kepada yang selalu pinjam CD/DVD tu...bila dah pinjam, silalah pulang balik ya.

BARANG KEMAS

SEBAHAGIAN barang kemas milik Eva Peron yang ditemui semula dipamerkan polis di Milan, Itali kelmarin.


MILAN – Sejumlah barang kemas bernilai lebih £5 juta (RM24.1 juta) yang pernah dimiliki Wanita Pertama Argentina, Eva Peron ditemui semula oleh polis Itali.

Pendedahan itu dibuat polis dalam satu sidang akhbar kelmarin di sini.

Semua barang kemas itu, termasuk sebuah tiara bernilai £3.5 juta (RM16.9 juta) yang dihadiahkan kepada Eva oleh keluarga diraja Belanda, dua bentuk cincin dan sepasang anting-anting ditemui di sebuah hotel di sini dalam satu serbuan pihak berkuasa.

Barang kemas itu dicuri sekumpulan penjenayah Serbia daripada sebuah butik di bandar Valencia, Sepanyol pada Disember 2009.

Pada tahun lalu, polis Sepanyol menangkap enam anggota geng penjenayah berkenaan tetapi gagal menemui barang kemas berkenaan.

Namun, hasil soal siasat terhadap tahanan-tahanan tersebut, polis Sepanyol memberikan maklumat mengenai seorang konconya kepada polis di sini, Itali.

Selepas membuat intipan selama beberapa bulan, penjenayah berkenaan ditangkap di sebuah hotel di sini dengan polis turut menemui semula barang kemas tersebut.

Eva yang merupakan isteri bekas Presiden Argentina Juan Peron lebih dikenali dengan gelaran Evita.

Wanita itu menjalani kehidupan penuh mewah dan glamor yang kemudian diadaptasikan ke layar perak menerusi filem berjudul, Evita dengan wataknya dilakonkan oleh Madonna.

Peron memerintah Argentina pada awal 1950-an sebelum hidup dalam buangan pada 1955, tiga tahun selepas Eva meninggal dunia pada usia 33 tahun akibat kanser. – Agensi