Thursday, June 23, 2011

RM6 JUTA

HONG KONG: Seorang bilionair, antara yang paling kaya di sini, akan meng- agihkan bonus berjumlah AS$2 juta (RM6 juta) kepada 1,500 kakitangannya selepas menantunya melahirkan cucu keenamnya.
Lee Shau-kee, Pengerusi syarikat hartanah, Henderson Land Development, mengumumkan durian runtuh sebanyak AS$1,285 (RM3,900) untuk setiap kakitangannya bagi meraikan kelahiran cucu lelakinya itu minggu lalu, kata jurucakap syarikat, Bonnie Ngan.

“Kami akan menerima wang itu akhir bulan ini,” katanya. Lee, 83, yang menduduki tangga ke 28 senarai bilionair Forbes dan memiliki harta berjumlah RM57 juta, mempunyai lima anak.
Cucu keenamnya datang dari anak bongsunya, Martin yang berkahwin dengan aktres, Cathy Chui.

Nama bayi yang baru lahir itu belum diumumkan. - AP (Sumber:Metro 23/06/2011)

No comments:

Post a Comment