Monday, August 15, 2011

CIUM ABANG JOE

BERANI...Siti Rodziah ‘bermain’ dengan ular tedung digelar ‘Abang Joe’.

KUALA KRAI: Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar di sini, boleh disifatkan lain daripada yang lain apabila ‘bersahabat’ dengan ular tedung selar sepanjang 6.7 meter berusia 28 tahun digelar ‘Abang Joe’.

Siti Rodziah Mohd Khair, 17, Kampung Kenor, di sini berkata, dia menjadikan ular tedung selar dipelihara penangkap ular, Mohd Hamdan Mahadi, 25, sebagai teman sejak tiga bulan lalu selepas menonton satu persembahan ular oleh Mohd Hamdan di Kuala Krai.



Katanya, ketika menonton persembahan itu, bapa tirinya, Abd Rahim Jaafar, 36, mencabarnya mencium ular berkenaan.


“Saya memang sukakan aktiviti lasak dan saya terus menyahut cabaran yang diberikan.



“Pada mulanya perasaan takut menguasai diri kerana tidak pernah berdepan dengan reptilia berbisa, tetapi dengan tunjuk ajar daripada Hamdan, saya berjaya mencium ular berkenaan,” katanya.



Menurut Siti Rodziah, selepas persembahan itu Mohd Hamdan bertanya kepadanya sama ada mahu belajar bermain ular dan dia memberikan persetujuan selepas mendapat kebenaran daripada bapa tirinya.


“Pada malam itu juga, saya ditemani ayah dan Mohd Hamdan memulakan latihan pertama di padang Sekolah Menengah Vokasional Kuala Krai.



“Sejak daripada itu, saya tidak ada masalah untuk memegang, malah mencium ular tedung selar dan saya mula mengikuti setiap persembahan yang dibuat Mohd Hamdan. Saya juga sering mengikut Mohd Hamdan menangkap ular jika menerima laporan daripada penduduk walaupun terpaksa bangun daripada tidur pada jam 3 pagi,” katanya.



Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, antara pengalaman tidak dapat dilupakan ialah terpaksa ditahan di wad selama tiga hari selepas dipatuk ular kapak.



Katanya, kejadian berlaku apabila dia cuba menangkap reptilia berkenaan selepas ada penduduk melaporkan reptilia itu masuk ke dalam rumahnya.



“Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi saya apabila reptilia itu mematuk tangan saya, tetapi saya segera minum air masak bagi menawarkan bisa ular sebelum dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. Menurut Siti Rodziah, dia merancang untuk membuat pertunjukan solo tidur bersama ular berbisa di Johor pada Oktober nanti selepas ada individu yang sanggup menanggung kos perbelanjaan untuk pertunjukan itu.



“Memandangkan kini saya aktif membuat persembahan bersama Hamdan sehingga ke luar Kelantan, ada individu yang bersetuju untuk menanggung kos bagi membolehkan saya membuat persembahan solo dengan tidur bersama ular berbisa.



“Jika tiada halangan, pertunjukan itu akan diadakan di Johor pada Oktober nanti dan saya akan mencuba mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records,” katanya.

Sunday, August 14, 2011

KUIH MURAH


SHAHIDA Abdullah (kanan) melayan pelanggan yang mahu membeli martabak di gerai bapanya di bazar Ramadan Stadium Darulaman, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Kebiasaan- nya kuih-muih dijual pada harga RM1 untuk tiga biji manakala martabak pula dijual RM2 untuk satu keping di mana-mana bazar Ramadan di negeri ini.


Berbeza dengan bazar Ramadan di pekarangan Stadium Darulaman di sini, orang ramai sekitar bandar raya ini berpeluang menikmati pelbagai jenis kuihmuih seperti karipap, masalodeh, keria, buah melaka, cucur jagung dan cucur badak yang dijual pada harga RM1 untuk 10 biji.


Nurhayati Ahmad, 49, yang berniaga di bazar Ramadan itu sejak 10 tahun lalu berkata, dia menjual kuih-muih bersaiz mini pada harga RM1 untuk 10 biji sepertimana arwah ayahnya lakukan dahulu.


“Arwah ayah selalu berpesan, kalau nak berniaga perlu bagi orang puas hati, buat kuih mesti kena sedap dan jangan terlalu memikirkan keuntungan sahaja,” katanya kepada Bernama.


Nurhayati berkata, walaupun sekarang harga bahan mentah sudah naik, tetapi dia tetap mengekalkan harga RM1 itu walaupun keuntungan yang dia dapat tidak semewah dahulu.


“Saya rasa puas jika semua kuih yang saya jual itu habis dan mereka (pembeli) yang beli kuih saya akan datang lagi pada hari lain dan itu menunjukkan mereka puas hati dengan kuih yang saya jual,” kata Nurhayati yang dibantu oleh anak serta menantu.

Wednesday, August 3, 2011

MENARA TERTINGGI DUNIA

RIYADH: Pengerusi Syarikat Kingdom Holding (KHC), Putera Alwaleed bin Talal semalam mengesahkan syarikat bersekutunya, Syarikat Jeddah Economic (JEC) sudah menandatangani perjanjian SR4.6 bilion (RM3.7 bilion) dengan Kumpulan Binladen untuk membina menara paling tinggi di dunia di Jeddah.

Bangunan itu yang akan digelar ‘Menara Kingdom’ akan menjangkau lebih 1,000 meter dan pembinaan struktur mercu tanda itu yang boleh melihat Laut Merah dan Obhur Creek akan siap dalam masa lima tahun tiga bulan.

Bercakap pada sidang akhbar di ibu pejabat KHC di Riyadh, Alwaleed berkata, projek itu menjadi simbol kepada keyakinan terhadap perkembangan perniagaan di bawah pucuk kepimpinan Raja Abdullah.

“Dasar jangka panjang Raja Abdullah dan kerajaannya menggalakkan masyarakat peniaga melaksanakan projek berjumlah berbilion-bilion riyal seumpama itu,” kata Alwaleed.

Beliau turut menolak sebarang kesan negatif terhadap ekonomi Saudi akibat daripada kekacauan serantau.

Alwaleed juga berkata, status ikon bangunan itu tidak akan bergantung semata-mata pada ketinggiannya.

Menara itu akan menjadi bangunan utama dan fasa pertama pembinaan Kingdom City, projek pembangunan bandar baru JEC yang meliputi kawasan seluas 5.3 juta meter persegi.

Menurutnya, projek itu akan menyediakan keuntungan mapan kepada pemegang saham Kingdom Holding.

Dengan kawasan pembinaan seluas lebih 500,000 meter persegi, Menara Kingdom akan turut mengandungi bangunan hotel dan apartmen Four Seasons, kondominium mewah dan dek meninjau yang lebih tinggi daripada dek meninjau paling tinggi di dunia ketika ini. Merujuk kepada projek itu, Talal Al-Maiman, anggota lembaga pengarah KHC dan JEC, yang ditubuhkan pada 2009 untuk pembangunan Bandar Raya Kingdom berkata: “Wawasan membina menara paling tinggi di dunia di Jeddah adalah milik Alwaleed.

“Ia dirancang dengan begitu pintar dan dengan menjadikannya bangunan paling cantik dibandingkan dengan bangunan lain di dunia,” katanya. - AN

SULTAN SELANGOR BERKENAN PENERIMAAN ZAKAT

SHAH ALAM, 3 Ogos (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat pendapatan bernilai RM8.36 juta daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan anak syarikatnya di sini malam Rabu.

Baginda berkenan menerima zakat berkenaan pada majlis berbuka puasa bersama rakyat yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) di sini.

PKNS menunaikan zakat sebanyak RM6.71 juta manakala anak-anak syarikatnya Worldwide Holdings Bhd (RM1.13 juta), Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (RM165,000), Selaman Sdn Bhd (RM118,571), PKNS Holdings Sdn Bhd (RM80,000), PKNS Infra Bhd (RM70,000), PKNS Engineering & Construction Bhd (RM70,000) dan De Palma Management Services Sdn Bhd (RM21,255).

Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan bantuan zakat bernilai RM101,200 kepada 200 orang fakir dan miskin, 100 orang mualaf dan 112 orang anak yatim.

Setiap fakir dan miskin serta mualaf masing-masing menerima RM200 manakala anak yatim menerima RM100 setiap sorang.
Kira-kira 3,000 orang menghadiri majlis berbuka puasa serta tarawih bersama Sultan Selangor.

FERRARI BARU BECKHAM


KERETA baharu David Beckham, Ferrari 612 Scaglietti diletakkan di luar rumahnya di Los Angeles baru-baru ini.

LOS ANGELES - Bintang bola sepak England yang bermain untuk kelab LA Galaxy, David Beckham (gambar kecil) mempunyai koleksi kereta terbaharunya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta baharu Beckham itu merupakan Ferrari 612 Scaglietti yang berharga AS$300,000 (RM894,294.01), berwarna hitam dan mempunyai nombor 7.


Nombor itu pernah digunakan oleh Beckham semasa dia mewakili kelab Manchester United.


Kereta baharu itu dilihat diletakkan di luar rumah Beckham di sini baru-baru ini.


Sejak dilancarkan pada 2004, kereta Ferrari itu mempunyai sistem navigasi satelit, alat pemain muzik MP3, mengenali suara pemilik dan teknologi wayarles.


Sebelum ini, Beckham memiliki satu koleksi kenderaan yang terdiri daripada sebuah kereta BMW, Lamborghini, Aston Martin, Porsche, Escalade, sebuah jip dan beberapa motosikal. - Agensi

Tuesday, August 2, 2011

DADAH RM540 JUTA



MIAMI: Pihak berkuasa Amerika Syarikat menemui kira-kira 6,803 kilogram kokain dari kapal selam yang tenggelam yang digunakan sindiket penyeludupan di Honduras.

Penemuan itu dianggarkan bernilai AS$180 juta (RM540 juta).



Kapal selam buatan sendiri itu ditahan anggota pasukan pengawal pantai pada 13 Julai lalu.


Anggota kumpulan penyeludup turut ditahan dan sejumlah besar dadah dirampas sebelum kapal itu tenggelam ke dasar lautan.



Operasi besar-besaran membabitkan beberapa bot pengawal pantai, tentera laut Honduras dan pasukan penyelam Biro Siasatan Persekutuan (FBI) melakukan operasi mencari kapal dan dadah berkenaan dan akhirnya menemuinya pada 26 Julai lalu.

FART FRESHNER

SOSEJ PULUT BABI



KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA
babi.

Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA
babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.



“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA
babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.

KERETA HANTU RM1JUTA


MICHIGAN 2 Ogos - Dunia automotif kini dipenuhi dengan kereta konsep dan rekaan yang menarik, tetapi kelainan kereta Pontiac sebelum Perang Dunia Kedua ini membuktikan keunikan semulajadi tetap tidak dapat ditandingi.

Kenderaan yang dibuat pada tahun 1939 dan dikenali sebagai Ghost Car ini dilaporkan meraih bidaan akhir sebanyak AS$308,000 (RM909,832) pada lelongan tertutup di Michigan, Sabtu lalu.

 
Kerangka badan kereta ini dibuat sepenuhnya daripada Plexiglass, bahan yang diperkenalkan pada 1933, hanya enam tahun sebelum kenderaan ini diperkenalkan.

Kenderaan lut sinar yang merupakan kereta pertama seumpamanya dibina di Amerika Syarikat ini mempunyai sejarah yang panjang dan buat pertama kalinya diperkenalkan pada Pameran Dunia New York 1939.

Ia adalah sebahagian daripada pameran General Motors dan direka bagi menunjukkan kenderaan masa depan.

Kos pembinaan asal kenderaan ini ialah AS$25,000 (RM73,850), bersamaan dengan AS$388,000 (RM1.1 juta) jika dipadankan dengan inflasi.

Apa yang lebih menarik, Ghost Car yang mempunyai enjin enam silinder dan 85 kuasa kuda dengan transmisi manual tiga kelajuan ini masih boleh digunakan sama seperti 70 tahun lalu.

Malangnya ia hanya untuk dipamerkan sahaja kerana pendaftaran untuk digunakan di jalan raya adalah sukar ekoran kekurangan maklumat. - AGENSI

Monday, August 1, 2011

REKOD BELON BUIH

BEIJING - Pakar belon buih, Fan Yang dari Kanada memecahkan rekodnya sendiri apabila seramai 150 orang berada di dalam buih belon yang dihasilkannya dalam satu pertunjukan di Beijing kelmarin.

Rekod lamanya ialah 100 orang berada di dalam buih belon yang dibuatnya dalam program televisyen popular, Oprah Winfrey Show pada 2008.

Dia yang kini menetap di New York telah membuat persembahan buih belon selama 20 tahun. - Agensi


 SERAMAI 150 orang berdiri di dalam buih belon yang dihasilkan oleh Fan Yang di Beijing

KANAK-KANAK PENJUAL KUEH

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

DATUK TERMUDA

LONDON - Datuk termuda di Britain, Shem Davies yang berusia cuma 29 tahun memberitahu, dia akan membantu anak perempuannya, Tia dan teman lelakinya, Jordan untuk meneruskan kehidupan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada awal bulan lalu, Tia yang berusia 14 tahun melahirkan seorang bayi perempuan, Gracie, hasil hubungan intimnya dengan teman lelakinya itu yang berusia setahun lebih tua.

 Keluarga datuk termuda Britain terdiri daripada Shem Davies (dua dari kanan), Kelly, (kanan), Jordan (kiri)dan Tia yang memangku anaknya, Gracie.

 "Pada awalnya, saya agak marah apabila mengetahui anak perempuan saya mengandung. Namun kemarahan itu beransur hilang," kata Shem. Malah, Davies dan bekas kekasihnya yang berusia 30 tahun Kelly John iaitu ibu Tia, kini gembira dengan kelahiran cucu mereka. "Saya menerima semua yang berlaku dengan positif," kata Davies.

Sementara itu, Jordan yang menduduki peperiksaan beberapa minggu sebelum Gracie dilahirkan memberitahu, dia sedar tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. "Saya ialah ketua pasukan ragbi sekolah saya, ia seperti memiliki 14 orang anak," katanya. - Agensi

KRISTAL YANG CANTIK

Sekumpulan ahli geologi barat telah menjumpai sebuah Gua Kristal yg trletak di bawah Pergunungan Naica.

Kawasan pergunungan ini dikelilingi dgn padang pasir Chihuahua(cam nama anjing plak) di MEXICO..



Jika anda lihat struktur kristal2 yg besar tu, ianya hampir menyamai dengan rekabentuk rumah kristal SUPERMAN..
Kalau korg ingat lagi la kan, rumah Superman tu dipanggil
'Fortress Of Solitude'..


  Menurut ketua Ahli Geologi tersebut, kristal di dalam gua ini mampu membesar kerana ianya mengandungi
sumber mineral yg banyak serta dibantu dgn kadar suhu yg optimum pada julat 58 darjah celcius..

p/s: Apa2 pun Gua Kristal ni x de kaitan ngan SUPERMAN k bro.. Juz nak bgtau pasal penemuan ni jer.

KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN BUAH LIMAU

“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.

Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”


Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

TANAM LADA ATAS BANGUNAN



Kaedah Rooftop Gardening jana pendapatan Politeknik Jeli

TANAH MERAH: Pelajar dan kakitangan Politeknik Jeli melakukan usaha di luar jangkaan apabila manfaatkan ruang atas bumbung bangunan institusi pengajian mereka seluas 9,000 kaki persegi dengan menanam Cili Centil yang boleh memberi pendapatan RM8,000 sebulan.

Program Keusahawanan Rooftop Gardening atau tanaman atas bumbung itu diusahakan menggunakan teknologi penanaman secara fertigasi di kawasan lapang bumbung sejak Mei lalu.
Pengarah Politeknik Jeli, Azizi Lin, berkata selepas dua bulan, sepohon cili centil dianggarkan dapat menghasilkan sekilogram cili matang sebulan dengan purata harga pasaran RM10 sekilogram.

“Sebanyak 800 pokok ditanam yang mampu menghasilkan 800 kilogram tuaian jangkaan hasil RM8,000 sebulan,” katanya ketika ditemui di penempatan sementara politeknik berkenaan di Taman Harmoni, Tanah Merah di sini, semalam.


Proses penanaman bermula pada 18 Mei lalu dan hasilnya dituai secara berperingkat mulai 19 Julai lalu.


Beliau berkata, Politeknik Jeli merangka pelbagai strategi dalam usaha mengukuhkan ‘niche area’ dalam bidang agrotek dan bioindustri.

“Untuk langkah awal, kita bina rangkaian di kalangan agensi pertanian, usahawan dalam bidang pertanian dan pembekal serta pengilang barangan pertanian kerana kaedah Rooftop Gardening tidak terhenti setakat aktiviti tanam dan tuai.

“Malah, kita sedang menjalankan beberapa penyelidikan berhubung penurunan suhu bangunan, kesan terhadap kualiti udara, aplikasi elektronik dan robotik dalam pertanian,” katanya.


Seorang bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik Elektronik, Wan Mohd Hamzi Syakir Wan Harun, 23, berkata pada awalnya beliau tidak berminat menceburi bidang pertanian, tetapi selepas diberi pendedahan, ternyata ia berfaedah untuk semua pelajar.

JERSEY BOLA HARAM

Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.


“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.

“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.

Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah:

Brazil,
Portugal,
Sweden
Norway,
Manchester United
Barcelona.
Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.
Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup hukum syarak.
Reply With Quote

PESAWAT WRIGHT TERHEMPAS, DUA MAUT



DUA maut apabila sebuah pesawat replika ciptaan adik-beradik Wright terhempas di sebuah kawasan pedalaman di Ohio pada Sabtu lalu.  

SPRINGFIELD, Ohio - Dua orang peminat tegar dunia penerbangan terbunuh selepas replika pesawat terbang ciptaan adik beradik Wright yang dinaiki mereka terhempas di sebuah kawasan pedalaman di Ohio pada Sabtu lalu.

Pesawat itu dikatakan terhempas di sebuah padang berhampiran Lapangan Terbang Perbandaran Springfield-Beckley kira-kira pulul 10.45 pagi waktu tempatan.


Pihak peronda lebuh raya negeri Ohio mengesahkan mangsa sebagai Don Gum, 73, dari Beaver Creek dan Mitchell Cary, 64, dari Yellow Springs, Ohio.


Pesawat tersebut dimiliki oleh syarikat Wright B Flyer Inc. yang merupakan organisasi yang bertanggungjawab memulihara warisan adik-beradik Wright.


Adik-beradik Wright iaitu Wilbur dan Orville yang menetap di Dayton, Ohio telah berjaya membina pesawat dengan kipas yang berjaya diterbangkan pada tahun 1903 di Kitty Hawk, North Carolina, Amerika Syarikat.


Ia merupakan penerbangan pesawat yang pertama berjaya dilakukan dalam sejarah manusia. - Agensi

MINUM AIR KENCING

KUCHING: Biasanya orang sakit akan mendapatkan rawatan daripada doktor atau bomoh, tetapi lain pula ceritanya dengan seorang warga lanjut usia Singoi Jaya, 96, yang minum air kencingnya sendiri.

Kaedah yang dianggap pelik dan meloyakan tekak bagi kebanyakan orang itu mula dilakukan Singoi kira-kira 50 tahun lalu selepas dia terjatuh dari atas pokok langsat.



“Pengalaman pertama saya minum air kencing sendiri ialah selepas terjatuh dari atas pokok langsat. Oleh kerana tidak dapat menahan kesakitan, saya nekad meminum air kencing saya sendiri dengan harapan boleh sembuh.


“Mujurlah kesan kejadian yang menyebabkan kencing saya bercampur darah itu pulih selepas beberapa hari kemudian dan saya boleh bangun dan berjalan seperti biasa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rekap, Kampung Giam, Jalan Puncak Borneo di sini.



Menurut Singoi, kali kedua dia mencuba kaedah itu ialah selepas tergelincir dan terjatuh sehingga menyebabkan tangannya patah dan kakinya tercedera.



“Cara ini mungkin sesuai dengan saya, tetapi bagi orang lain saya tidak sarankan mereka melakukannya,” katanya.


Singoi berkata, dia tidak gemar mengambil ubatan moden sekiranya diserang demam dan selsema, sebaliknya mengamalkan aktiviti ringan yang boleh mengeluarkan peluh seperti berkebun dan bersenam.



Dia mendakwa masih mampu mengusahakan tanah yang seluas kira-kira dua hektar berhampiran rumahnya dengan tanaman lada hitam, limau, pisang, cili dan mengendalikan sebuah kolam ikan keli.



“Jangan malas buat kerja seperti berkebun untuk mengeluarkan peluh kerana jika malas badan tidak akan berpeluh dan badan kita akan menjadi lemah serta mudah diserang penyakit.” katanya.

USAH HINA ARWAH ASHRAF DAN KELUARGA



KUALA LUMPUR: Masyarakat
diingatkan supaya tidak
melemparkan hinaan, cercaan
serta mengaibkan jenazah Mohd
Ashraf Hafiz Abdul Aziz, pemuda
berusia 26 tahun yang mencetuskan kontroversi, baru-
baru ini selepas memohon
menukar namanya kepada
Aleesha Farhana tetapi ditolak
mahkamah.

Penasihat Majlis Agama Islam

Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut,
berkata orang ramai juga tidak
wajar menghina keluarga pemuda
terbabit yang meninggal dunia
semalam kerana segala yang berlaku ada hikmah tersendiri
dan secara tidak langsung
memberikan pengajaran cukup
besar kepada masyarakat.

Mengenai urusan pengebumian

jenazah, beliau berkata, jenazah
umat Islam perlu disempurnakan
dan diuruskan mengikut jantina
ketika mereka dilahirkan
walaupun kemudian sudah berubah keadaan fizikal, sama
ada lelaki mengubah fizikal
menjadi wanita atau sebaliknya.

IKAN KELI ALBINO GERGASI



LONDON: Ikan gergasi ini membolehkan seorang pemancing warga Britain mencatatkan rekod baru.

Ikan itu, yang ditangkap oleh Chris Grimmer adalah ikan keli albino paling besar pernah ditangkap oleh seorang pemancing.



Ikan sepanjang 2.44 meter itu dan seberat 88 kilogram adalah satu kilogram lebih berat daripada yang ditangkap oleh wanita buta, Shelia Penfold, tahun lalu.


Chris, 35, menghabiskan masa 30 minit untuk cuba menaikkan ikan keliberkenaan selepas ia memakan umpannya.



Pemancing berasal dari Sheffield itu meraikan kejayaannya mencatatkan rekod baru itu dengan mengadakan jamuan bersama rakannya di tebing Sungai Ebro, berhampiran Barcelona, Sepanyol.



Ikan itu sungguh besar hingga menyebabkan batang pancing Chris bengkok dua apabila haiwan itu memakan umpan palet ikan halibut.


Suasana menjadi riuh di tebing sungai dengan orang ramai bersorak dan bertepuk tangan ketika dia menaikkan ikan berkenaan.



Sheila Penfold dari Wandsworth, selatan London, menangkap ikan keli albino seberat 86 kilogram pada Oktober tahun lalu.



Ikan keli terbesar pernah ditangkap di dunia ialah seberat 292 kilogram, Ikan Gergasi Mekong, yang ditangkap di Thailand pada 2005. - DM